Anda bakal menduduki Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Belia dan Sukan? Masih blur apa yang dinilai dan macam mana nak lulus?
Relax… dalam artikel di Psikometrik.my ni, saya kongsikan dengan anda apa yang diuji, ciri personaliti yang dicari, dan contoh soalan psikometrik yang selalu keluar.
Saya Khairul, dan sejak tahun 2009 saya bantu ribuan calon menghadapi ujian psikometrik SPA. Jadi anda berada di tempat yang betul.
Apa Sebenarnya Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Belia & Sukan?
Kalau anda fikir ujian ni tanya soalan fakta atau akademik, itu salah. Ujian psikometrik hanya menilai personaliti dan kecenderungan tingkah laku anda.
Ia nak tengok:
bagaimana anda berfikir
macam mana anda buat keputusan
bagaimana anda bertindak dalam situasi tertentu
Format soalan biasanya objektif, contohnya:
Ya / Tidak
Betul / Salah
Sangat setuju → Sangat tidak setuju
Pasti / Tidak pasti
Nampak senang? Jangan terlalu yakin dulu.
Tujuan ujian psikometrik ialah menapis calon, bukan memudahkan calon lulus. Hanya mereka yang memiliki ciri personaliti selaras dengan keperluan jabatan akan melepasi tapisan.
Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Jawatan Ini?
Berdasarkan tugasan Penolong Pegawai Belia dan Sukan, ada dua teras personaliti utama yang biasanya ditekankan:
- Empati
Jawatan ini sangat dekat dengan dunia belia termasuk mereka yang berdepan isu:
tekanan keluarga
konflik rakan sebaya
masalah disiplin
isu motivasi
tekanan emosi
Jadi pegawai perlu ada kemampuan untuk:
memahami apa yang dilalui belia
mendengar dengan hati, bukan setakat “dengar saja”
tidak cepat menghukum
mencipta ruang selamat untuk belia bercerita
Belia perlukan seseorang yang boleh faham, bukan seseorang yang hanya ikut prosedur.
Pegawai yang kurang empati biasanya sukar lulus ujian psikometrik untuk jawatan ini.
- Keterbukaan
Pegawai belia dan sukan perlu kreatif dan fleksibel kerana program belia sentiasa berubah mengikut trend.
Antara contoh tugasan:
merancang bengkel inovasi belia
mereka program kepimpinan
merancang pertandingan sukan moden
mengurus aktiviti komuniti berasaskan minat semasa
Belia hari ini datang dari pelbagai latar dan gaya hidup. Jadi pegawai perlu:
terbuka terhadap idea baru
tak cepat menghukum pandangan orang lain
berani mencuba format program moden
faham trend semasa & gaya hidup remaja
Jika anda jenis “rigid”, susah untuk perform dalam jawatan ini dan sistem psikometrik akan dapat kesan perkara itu.
Ciri-Ciri Wajib Ada Untuk Lulus Ujian Ini
Secara ringkas, dua ciri ini sangat penting:
✔ Empati yang tinggi ✔ Keterbukaan terhadap idea dan perubahan
Kalau dua ciri ni lemah, risiko untuk gagal agak tinggi kerana ia bercanggah dengan keperluan jawatan.
Adakah Anda Sesuai Dengan Jawatan Ini?
Tanya diri anda:
Adakah saya mudah memahami perasaan orang lain?
Adakah saya selesa bekerja dengan golongan belia?
Adakah saya fleksibel & terbuka dengan idea baru?
Adakah saya suka merancang program kreatif?
Kalau ya, anda memang dalam kumpulan yang berpotensi besar untuk lulus. Kalau tidak, mungkin jawatan ini bukan yang paling sesuai untuk personaliti anda dan itu normal.
“Cikgu, Jadi Ujian Ni Hanya Uji Empati & Keterbukaan?”
Tidak. Itu cuma dua ciri paling dominan berdasarkan skop kerja.
Ujian psikometrik biasanya menguji banyak lagi aspek seperti:
integriti
kestabilan emosi
kepimpinan
disiplin diri
konsistensi tingkah laku
kebolehsesuaian
Semua unsur ini terkumpul untuk menilai sama ada anda sesuai atau tidak untuk jawatan tersebut.
