Kembali ke Blog
Berita10 Disember 20253 min baca

Pegawai Penyiasat P9 Skop Kerja Dan Gaji

Skop tugas untuk Pegawai Siasatan Gred P9 dan Penolong Pegawai Siasatan Gred P5 boleh berbeza bergantung pada peraturan jabatan atau agensi di mana anda berkhidmat.

Psikometrik.my

Penulis

Pegawai Penyiasat P9 Skop Kerja Dan Gaji

Pegawai Siasatan Gred P9 adalah jawatan penting dalam pelbagai agensi kerajaan di Malaysia, termasuk jabatan siasatan jenayah, penguatkuasaan, dan perundangan. Mereka memainkan peranan utama dalam menyiasat kesalahan dan jenayah, serta memastikan bahawa sistem undang-undang di negara ini berfungsi dengan adil dan efisien.

Jadi dalam artikel ini, kami akan membincangkan skop tugas, kelayakan, dan peluang kerjaya untuk Pegawai Siasatan Gred P9, serta bagaimana pekerjaan ini memberikan impak besar kepada keselamatan dan ketenteraman awam.

Pegawai Penyiasat P9: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Jadi baru-baru ini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah membuat peluang kerjaya bagi jawatan Pegawai Penyiasat P9 dengan peluang 150 kekosongan untuk diisi. Bukan itu sahaja, 150 calon simpanan turut membuka peluang yang sangat besar untuk mereka yang sedang mencari kerja di dalam sektor kerajaan.

BERIKUT ADALAH IKLAN OLEH SPA

Alt text

Jadi kepada mereka yang berminat boleh membuat anda boleh membuat permohonan atau mengemaskini melalui saluran SPA9i. Dan untuk makluman anda juga, jawatan ini hanya dibuka bagi mereka yang mempunyai bidang pendidikan berikut:

Alt text

Alt text

Skop Kerja Dan Gaji Pegawai Siasatan P9

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: PENCEGAHAN KUMPULAN PERKHIDMATAN: PELAKSANA/PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)

Mengendalikan Siasatan Kesalahan Jenayah

Pegawai Siasatan Gred P9 bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan terhadap kes jenayah yang serius, termasuk penyelidikan berkaitan fraud, penyalahgunaan kuasa, dan jenayah komersial. Mereka akan mengumpulkan bukti, menganalisis data, dan berinteraksi dengan saksi serta suspek untuk menentukan kebenaran dan ketelusan dalam setiap kes.

Penyediaan Laporan Siasatan

Tugas utama pegawai ini adalah untuk menyediakan laporan siasatan yang terperinci. Laporan ini perlu merangkumi semua bukti yang dikumpulkan sepanjang siasatan dan memberi cadangan tentang tindakan undang-undang yang perlu diambil. Laporan yang disediakan oleh Pegawai Siasatan Gred P9 akan digunakan sebagai asas dalam prosiding perundangan di mahkamah.

Menyelaras dan Bekerjasama dengan Agensi Lain

Dalam menjalankan tugas siasatan, Pegawai Siasatan Gred P9 sering berkolaborasi dengan agensi penguatkuasa lain seperti polis, Jabatan Kastam, dan agensi keselamatan negara. Kerjasama ini penting untuk memastikan semua aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan cekap dan tepat.

Pemantauan Kes dan Tindakan Lanjutan

Sebagai pegawai yang memimpin siasatan, mereka juga bertanggungjawab untuk memantau perkembangan kes yang sedang disiasat. Mereka perlu memastikan bahawa siasatan dijalankan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan serta memberi nasihat mengenai tindakan susulan yang perlu diambil.

Penglibatan dalam Proses Perundangan

Pegawai Siasatan Gred P9 turut terlibat dalam menyediakan bahan bukti yang akan digunakan di mahkamah. Mereka memberi keterangan sebagai saksi dalam prosiding mahkamah dan membantu pihak pendakwa dalam membina kes terhadap tertuduh.

**GAJI PEGAWAI PENYISAT P9 **

ljazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM2,710.00); atau

Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM2,866.00); atau

ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan atau Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM3,024.00); atau

ljazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM3,181.00); atau

Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM3,181.00); atau

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred P9: RM3,338.00); atau

Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP9: RM3,495.00).

Kongsi Artikel Ini

Bantu rakan-rakan anda dengan berkongsi artikel ini

Bersedia untuk Ujian Psikometrik?

Praktikkan apa yang anda pelajari dengan kuiz interaktif kami

Cuba Kuiz Demo